Kehidupan awal Aliff_Aziz

Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1991, Aliff merupakan anak sulung daripada tiga beradik malah juga lahir dari keluarga Melayu yang berdarah kacukan Arab. Ketika Aliff berusia 3 tahun, beliau serta keluarganya telah menyambut kelahiran dua adik perempuan yang juga kembar seiras, iaitu Nur Aisyah bt. Aziz dan Nur Ain bt. Aziz. Selain itu, Aliff dan dua adik kembar seirasnya pernah bersekolah di Sekolah Rendah Princess Elizabeth sebelum berpindah ke tahap seterusnya di mana beliau dan Aisyah menghala ke Sekolah Menengah Zhenghua manakala Ain juga bersekolah di Sekolah Menengah Greenridge.